Election result
Demam pilihan raya pun dah abis.. Aku pun dah menunaikan tanggungjawab sebagai seorg rakyat Malaysia..
Dan keputusannya ialah Nur Izzah Anuar menang di Parlimen Lembah Pantai..
Keputusan yg agak mengejutkan..
Tapi mungkin penduduk di kawasan Lembah Pantai ingin beralih angin ke pimpinan yang baru..
Walaupun hakikatnya memang benar banyak kemajuan yang dilaksanakan di daerah lembah pantai oleh Datuk Seri Shahrizat..
Mungkin sepanjang proses pembangunan itu ada pihak yang teraniaya dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat..
Jadi kite lihat sejauh mana Nur Izzah Anuar ini boleh membela rakyat di kawasan Lembah Pantai..
Harap2 Nur Izzah dapat laksanakan semua janji2 die seperti yang terkandung dalam manifesto PKR.. Jangan dok buat manifesto ikut sedap semata2 nk menang je..
Walaupun pada aku, isi kandungan manifesto yang dibuat agak mengarut dan dibuat atas dasar untuk meraih undi semata-mata.
Apa2 pun aku harus memuji semua penduduk kawasan Lembah Pantai kerana tidak ada pergaduhan atau perselisihan faham antara parti politik..
Malahan pakcik yg sokong BN kalau lalu depan markas PKR mesti akan tangan dan tegur..
Dan begitu lah sebaliknya..
Hakikatnya apa yang diperlukan oleh rakyat adalah seorg pemimpin yang boleh membela dan menyuarakan masalah dan pendapat mereka ke pihak atasan..
Jadi sama2 lah kita lihat in 5 years time apakah perubahan dan hasil yang akan disumbangkan oleh Nur Izzah Anuar di kawasan Lembah Pantai atau adakah die hanya akan jadi boneka bapanya..
No offense..

Sib baik aku naik van yg bawak org pegi mengundi..
Apa2 pun pengalaman first mengundi aku berjalan dengan lancar dan tiada masalah..
Proses yang aku lalui pun tak sampai 5 minit..
Sebab masa tu saluran aku kena pegi tu kosong..


2 Comments:
yeah.. akhirnye waney update gak blog..
last week.. kite ade diskas psl sharizat vs izzah.. kalo nk ikutkan rekod yg lepas.. sharizat mmg kebal kat kawasannye.. majoriti 15,000 undi.. tp dah nasib PRU-12 kali nih.. kalah dgn 2,000 undi..
sharizat mmg dah bwk kemajuan utk org tmpt ko selama 12thn... tp yg aku bace.. izzah akan tekankan isu keselamatan.. tgkla ape dia buat nnti..
btw.. izzah anwar.. bukannye izzah anuar.. =)
izzah comel..
Post a Comment
<< Home